Sunday, April 12, 2009

di ketuk dan di uji

salam.....

jam di HP aku menunjukkan 0355am, aku ter jga selepas tertidur pada 0130, sudah agak lama aku terjaga sebelum menaip entry ini, kerana malakukan sedikit urusan yg mudah dan sikit bilangannya tetapi sarat dan beribu hikmahnya...tapi bukan ini tujuan entry ini di tulis....berikan aku kesempatan bermain kata di entry kali ku in...

apa yg membuatkan aku terjaga??? cukuplah sekadar aku mengatakan aku tesentak dengan mimpi yg meragut nyenyak malam ku...tetapi apa yg lebih mendukacitakan di dalam 'mainan' tidur ku itu terkandung dua orang insan yg aku kasihi iaitu ARWAHYARHAM DATUK DAN ARWAHYARHAMAH NENEKku yg agak lama mininggalkan aku sejak aku di bangku sekolah lagi...

ketika aku di tingkatan 4, datuk aku pergi mniggalkan kami, dan selang setahunnya nenekku telah sampai masa nya, betapa aku teruji di tahun-tahun itu dan betapa aku merindui mereka kerana mereka sahajalah datuk dan nenek yg aku kenali kerana di sebelah bapaku mereka telah tiada semenjak roh di tiupkan ke rahim ibuku padaku....betapa diriku merindui mereka ketika entry ini ku dedikasikan kepada mereka.....

apa yg aku nak kongsikan di sini kehadiran mereka di dalam mimpiku itu, seakan memberi makna sesuatu, cukup mengetuk hati dan kotak pemikiranku, dan lebih membuatkan ku tersentak ialah kerana aku di minggu-minggu akhir semester ku bermakna final menugguku....aku tersentak di ketuk 'mainan' yg aku gemari iaitu mimpi....mereka seakan hadir betol-betul di hadapanku dan berdamping denganku....

mungkin di dalam mimpi itu Allah swt ingin mengingatkan aku tentang betapa lupanya aku pada nenek dan datukku, nenek yg mendodoiku tika ibuku bergegas ke tempat kerja mencari nafkah untuk keluarga, datukku pula orang yg mengajar ku tentang memahat, memaku, membuat 'reban' dan meja. sungguh besar jasa mereka seperti juga kedua ibu bapaku....yang tiada bandingnya......

apa yg di sampaikan di dalam 'mainan' malam ku itu mengajak aku berfikir tentang betapa aku hanyut dengan urusan dunia, alpa dengan dunia tengelam dalam kedesakan nafsu dengan membiarkan nafsu ku diperkosa diri sendiri, sehingga kadang-kala lupa menadah tangan mensedekahkan AL-FATIHAH kepada nenek dan datukku orang yg lebih berjasa dari segala urusan dnia dan cita-cita yg ku kejar ku pinta.....hanya Allah swt tahu betapa perit malamku ini, dan betapa aku teruji di malam ini......

entry ini sekadar perkongsian diriku, bukan niat men war-war kan diri sebagai hamba yg insaf di malam ini...tetapi mengajak semua berfikir, yang masih ada kedua IBU BAPA serta NENEK dan DATUK hargailah sebaiknya kerana bila-bila masa Allah swt akan memanggil 'petugasnya' menjemput mereka dan DIRI kita juga tidak turut terkecuali...mungkin ketika kalian membaca entry ini aku di panggil, kalian juga tiba-tiba telah sampai gilirannya seperti yang tertulis di buku nota 'petugas' itu...

bagi yg sudah tiada mereka seperti aku bertanya lah kembali pada diri kita, berapa kalikah tangan di tadah pada Maha Esa mensedekahkan walaupun Al'Ftihah kepada orang yg melengkapkan perjalanan hidup kita???? mereka lah yg mendukung kita, menjaga ibu di dalam masa 'pantang' mereka...datuk mengajar 'meraut' lidi di hujug tangga, mengajak kita memberi makan ayam di reban, kucing di dapur, arnab di bangsal..sudah kah AKU LUPA!!!!! KITA LUPA!!!!!! marilah membawa memori dan berfikir kembali di mana duduk letaknya kita...

aku harapkan pekongsian ini tidak di salah arti dan tafsirkan kerana ini sekadar perkongsian dari diriku untuk semua dan juga supaya aku tidak lupa lagi apabila memori ini di tulis di sini kerana manusia itu insan, insan bermaksud pelupa, di kotak fikiranku mungkin Allah swt sengaja memilih aku di pagi ini untuk bermimpi mengenai mereka agar aku dapat membuat perkongsian disini Waallahulam.....


*AL-FATIHAH
kepada ARWAHYARHAM MAT BIN SHARIF dan ARWAHYARHAMAH BOON BINTI AKOB


sekian dari aku 'manusia biasa' yg ingin menjadi luar biasa dengan rahmat dan hidayahnya....

11 comments:

asuramaru™ said...

al-fatihah buat allahyarham atok ko ngan allahyarhamah nenek ko.....
sebak gak ak baca post ko kali nih....

p/s : letak la link blog ak kat blog ko gak... xp

norMAzuan MUstafa said...

sekadar perkongsian jek bro...

aku dah letak dah blog ko...ish3....

Annabella Influenza said...

manusia y bijak ialah manusia y mengingati mati...sy sebak bace entry awk,even sy dpt bmnja dgn nenek mase kecil2 je dulu...cerita kita sama,dia la y ajar sy macam mana meraut lidi...dia juga ajar saya baca muqaddam..hmm...apa2pun al-fatihah utk nenek sy dan juga atuk,nenek awak...

norMAzuan MUstafa said...

yup betol ckp hazatul tuh...
tokonang eden...sob3...

aah kan muqddam lupa nk masukkn, silap bacer kenelah gn tok, t die pukul nk mndidik tuh....

:: LaRa MaYa :: said...

terima kasih atas kehadiran kamu di blog saya.....dan terima kasih mengukir hamparan di karpet blog saya...al-fatihah buat sumer yang dah tiada...semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 yang beriman....

norMAzuan MUstafa said...

sama2 cik lara maya....

yup hope sumer brada d bawah rahmat Allah swt...

asuramaru™ said...

sori ganggu....
ko telah ditagged mu... xp

Annabella Influenza said...

anda mdapat award,hehe!!!

norMAzuan MUstafa said...

uishhh 2 sekali aku kener...almak....
masuk buku555 dulu bleh??wawawa

hafizah said...

anda blh dikira b'tuah sbb diberi kesempatan at least merasa khdran sorg atuk n nenek yg sbnr.

ak dr kecil xpenah nk rse tu sume..
atuk n nenek sblh mak mngal waktu ak bru b'usia sthun n sblh ayah plk,mmg xsmpt jmpe lgsg..

huhu...
juz menumpang ksh atuk n nenek sedara..
syukur msh ad yg syg..

norMAzuan MUstafa said...

ye ek...erm....
so syukur gn apa yg ada kan...