Friday, July 31, 2009

GMI

Salam....

lme dah aku x update blog aku nie, coz tlalu bzy n sgt letih setiap hari.....later aku cerita knape yerr....**mcm kowang nk dgr kn....

ermmmm buat pejuang2 GMI**Gerakan Mansuhkan ISA.....doa aku dari jauh aku kirimkan...berjuang dgn jln kebenaran tapi bkn dgn jalan kesesatan seperti mana yg di gunakan rejim2 tertentu....aku bermadah sedemikian, kerana dalam berjuang manusia kdang2 lupa dan melanggar tebing2 tinggi di tepi....coz itulah hkikat kejadian manusia di mana kelebihan dan kekurangan Allah swt letakkn serentak di bahu kita, bg mnunjukkan yg manusia itu lemah dan di punyai suatu kuasa...

melalui blog ini aku berjuang demi 'INI'...doa dan harapan buat semua yg GEMPUR d KL....doa aku agar awas dan berwaspada selalu dengan tindak tnduk dari barisan jemaah kita sendiri...bagi pihak POLIS tak di nafikan sumbangan meraka dalam menjaga keamanan ketika GMI di laung2 kan......kerana tugas dan tggjawab yg tersandar di bahu mereka.....tapi harus di ingat kan....jgn di sentuh darah yg mengalir kencang seperti kenderaan mau perang ini dengan sewenang2 nya....

akhir sekali biarlah kita berjuang dgn bermaruah dan berakhir nya perjuangan ini dengan bermaruah....agar semua selamat dunia dan akhirat.......


'GEMPUR ISA, GEMPUR ISA'


keadaan manusia di akhir zaman ialah cintakan DUNIA dan takutkan MATI

**aku cuti selsema B*B*......huhuh......

Tuesday, July 21, 2009

poliTIdoq

salam...

selamat pagi murid??? semua duduk...

'cikgu suka pergi sekolah, hari2cikgu pergi sekolah,
cikgu dah tido mari kita main'...'masam2 manis

'
haaaaaa....nie lah masalah aku, aku x boleh tidoq tapi bkan stkat mlm nie jek, tapi dah 2 minggu berturut2 weh, so tlg la bg tips2 bkesan, selain bsukan ptg b4 tuh, zikir, n solat sunat, semua aku dah try tp xleh gak...ape kejdahnya semua nie....that y lah en3 aku b4 nie semua orang ckp 'politik', bukan apa ler....bila sorang2 mlm2 nie aku di datangi ilham politik...ahaks3.....so tolong lah cmno nie???? nie pon dah masuk subuh dah, lepas wat report dah xleh tido....haaaaaa.........

poli=banyak



+


tidoq=tidur




=

poliTIdoq


so pllzzzzzzz help me to....zzzzzzz......


**jeles gua tgk bdak nie, cm nk gigit jek...

Sunday, July 19, 2009

ISA


Salam…

Ikut Suka Ampa????…cabinet nak mansuhkan ISA??? Betoi ka nie???? Atau gimik politik??? Jika ya tepukan dan sorakan gemuruh dari aku…..coz bagi aku nie satu berita baik untuk system dan demokrasi di Negara nie.

Tapi selepas banyak ulasan, aku terdengar suara sumbang yg dah memang sumbang dah…bukan aku anti dia tapi dia yg buat aku berfikir macam tuh tanpa di pengarusi siapa-siapa… so tepuk dada, mesti dada sakit so tepuk bantal k…

ok ulasan dari ‘dia’ ketua pemuda apa ntah, nie lebih kuranglah….

‘ISA tak perlu di mansuhkan tapi di kaji semula oleh pihak KERAJAAN, ini bagi mengelak mana-mana pihak mengambil kesempatan sekiranya ISA di mansuhkan….’

Dan nie lagi satu….

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal, berkata Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih relevan dengan suasana dalam negara dan tidak perlu dimansuhkan.

Beliau berkata, akta itu lebih sesuai dikaji semula mengikut perubahan dan keadaan semasa dalam negara untuk memenuhi kehendak perundangan.

Erm mesti heran kenapa aku hightlight kan ‘KERAJAAN’ tu kan…bukan anti kerajaan atau sebagainya, tapi cuba fikirkan jika ada pihak yg bersuara tentang ketidakpuasan hati mengenai kerajaan atau mengatakan sesuatu yang menentang kerajaan, kerajaan dengan segala mudahnya menggunakan ISA untuk menyekat mana-mana pihak bukan??? So di mana demokrasinya????

Jadi di sini pihak kerajaan yg memegang kuasa untuk penggunaan ISA ini??? Jadi bagai mana jika pembangkang, yg kita sedia tahu dari gelaranya iaitu ‘MEMBANGKANG’ pihak kerajaan, jadi kerajaan dengan mudah nya menggunakan ISA untuk menyekat bankangan ini ke atas mereka bukan??? Faham frasa ini????

Jadi pada hemat aku jika ISA ini mahu di teruskan jugak(lebih baik mansuhkan terus), pihak kerajaan harus lah membentuk ISA sebagai badan bebas seperti badan kehakiman, SPRM dan yg berkaitan agar iainya bebas dari sebarang unsur. Tindak tanduk yg di lakukan menggunakan akta ini tidak di pengaruhi oleh mana-mana pihak atau individu tertentu ini kerana di kuatiri DEMOKRASI yg di canangkan kepada dunia hanyalah satu sandiwara dan omongan kosong…ini jugak bagi menjamin kelansungan survival politik di Malaysia dan juga survival Negara ini sendiri…


Then nie lak petikan dalam Berita Harian Online

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Rabu lalu mencadangkan ISA dimansuhkan atau dikaji semula supaya tahanan mendapat hak sewajarnya untuk membela diri.

Tun sendiri sebagai bekas PM mengakui sendiri bahawa ISA dah di cemari dengan stigma negative, dan Tun sendiri mengakui ISA harus di masuhkan untuk memperkasakan lagi sistem demokrasi Negara nie, harus di ingat nie pengakuan dan lontaran pendapat sendiri oleh orang yg pernah menggunakan ISA, jadi seharusnya Tun lebih memahami situasi ini….

Aku bercakap bukan dengan nada politik tapi dengan nada dan medium intelektual…maaf jika ada telebih terkurang…ini hanya satu lontaran pendapat coz kita dari kecik g sekolah, cikgu cakap kamu esok kalau dah besar kena kuat, kena berani, keana ada pelajaran baru orang pandang…tapi tak kan dah abis belajar baru nak mula bersuara kan….


Niatkan hati ingin mengampai bintang, kerana sekurang-kurangnya kamu dapat mengapai bulan….

**By Puan Azizon lec kimia mtrxku…

Saturday, July 18, 2009

aku nak berpolitik....

Salam

Tertarik dengan kata2 Ustaz Hasrizal 'saifulislam.blogspot.com' mengenai satu artikel mengenai budaya 'aku x peduli' di kalangan pelajar U kini, ini pula ulasan aku, jika silap tolong tunjukkan...tak seperti ketika era 70'an, 80'an sehinggalah sebelum tahun 2000 iaitu 1998.....suara mahasiswa/i begitu 'bertenaga' dan kuat di laung2 kan...tapi sekarang????

Salahkan student??? rasanya perlembagaan yg patut di salahkan kerana AUKU yg di buat mengongkong minda pelajar itu sendiri, kerana begitu bnyak undang2 yg pada hemat aku tidak relevent di era dunia tanpa sempadan ini.....AUKU yg di buat adakah dapat menghalang student secara total, seperti terlibat di dalam politik, atau apa2 saja???? tepuk mouse tanya member kat tepi meja k....

Adakah aku menentang AUKU??? tidak jangan di salah tafsirkan kunk I*A aku kunk....pada pendapat aku undang2 itu perlu tapi jangan lah sehingga menghalang percambahan minda student itu sendiri, seperti terlibat di dalam politik(contoh ini lebih mudah)...pada semasa menjadi pelajar inilah student itu sendiri mula berjinak2 dengan politik, mengenlai apa itu 'POLITIK', 'PERLEMBAGAAN', 'HAK' dll yg berkaitan.....

Tetapi apa yg terjadi???? baru sepanduk di rentang, laungan baru saja berkumandang, sudah berbijik2 'black maria' yg datang.....student2 lari lintang pukang...hanya tinggal semangat dan perjuangan yg hilang.....adakah ini pewaris negara yg nak di bentuk??? orang yg akan memegang gelaran YB dan Dato'???? tepuk dada tnya otak.....

Jadi pada hemat aku janganlah bidang pendidikan di politikkan, dan biarlah pendidikan itu di bawah petadbiran intelektual bukan ahli politik yg mahu nama di catat di dalam buku teks sejarah atau slot 'Hari Ini Dalam Sejarah' kerana memperkenalkan suatu dasar itu....adilkah kepada pelajar????

Jadi student itu harus bangkit, bukan setakat bangun pagi, gosok gigi, masuk bengkel guna gergaji, lecturer cukup bulan masuk gaji tapi student bagai 'harimau x berGIGI'....pewaris bangsa???? aku pon x anggap diri aku ini 'PEWARIS'.....

Sudah tiba student itu 'ambil peduli', bukan niat mendabik dada kerana aku orang yg mengambil tahu, tetapi aku juga di 'saf' yg sama, orang yg selama ini hanya bangun pagi, dan berlalu pergi...sudah tiba masa kerajaan melihat secara lebih terbuka, bukan hanya mengambil langkah untuk survival politik diri sendiri semata2....

Satu persoalan timbul disini kenapa??? WHY???? perlembagaan itu sedemikian rupa???? kerana takot kehilangan mandat kah???? atau tak dapat lagi nak pertahankan kerusi jika perlembagaan itu tiada???? takot pelajar mengambil alih kuasa???? jadi apa guna ilmu di timba jika bukan untuk menjadi pentadbir negara???? cukup sekadar hanya kaum kerabat ahli politik menghantar anak2 belajar tinggi2 untuk mewarisi jawatan mereka apabila mereka berundur....adakah begitu percatukaran di negara DEMOKRASI begini????

Adakah aku terlalu lantang bersuara???? jika yaaa alhamdulillah satu tapak maju aku kehadapan, mungkin di anggap pengecut kerana 'berteriak''mencanang' atau apa2 saja wordnya, tapi ini senjata aku, medium aku, suara aku, dan persoalan lain timbul dari situ, pelajar seperti aku di layan apabila ini semua di ajukan kepada mana2 pihak di negara ini????? boleh begitu???? jika boleh sila inform aku, insyaallah aku akan gunakan medium itu....tapi aku rasa hampir tiada peluang!!!!!!!!!!!

Jadi renung2 kan dan sama kitta mula 'berteriak' untuk survival kita....

'suatu bangsa itu tidak akan berubah, sehingga mereka sendiri berubah'

Wednesday, July 15, 2009

SEPANJANG/2 JULY

Salam…..lamer gak x update…..n3 nie kire mcm pjalanan hidup aku ler bulan nie walaupon bulan nie x abis g, baru tengah bulan kan tapi dah mcm2 dah jadik kire cam tajuk filem tu r ‘a walk to remember’…..so aku pon mengedikkan jari2 aku untuk menaip nih….

4th July

Lepak2 dengan my old fren, nama dia Zul n Pidauh depa nie memang sebulu otak pon bleh layan gak cam aku…mentality pon lebih kurang jek Cuma x smpai cerdik cam Einstein ja lagi…uhuk2..….dah kenal dekat 15 tahun nie memang kamcing mahhhh, walaupon setahun boleh kira dengan jari ja aku jumpa dia tupon kalu sem break xpon cuti hari raya….ktowg lepak kat Quensbay ‘cuci’ mata….huhuhu….ada cople tuh awek dia sipa tolong picit jerawat lagi kat tepi ktowg tuh…shungguh jijikssss…….disini terdapat sedikit perbualan aku, zul n pidauh……..

Aku: huyooooo…dia bawak aci tuhhhhh….. (setelah melihat sang lelaki memandu RXZ sambil di bonceng aweks die yg agak….)

Dia: halaa….oqang bawak awek, kita bawak BERSABAQ jelah……(dgn nada selamba)

Pidaus: hahahaha……betoi2……depa bawak awek kita tumpang tgk dah la…..

**so my pren nanti aku balik kita p 'cuci mata' lagi noh…hahahahaha……..


5th July (bermula episode aku n bus n seterusnya)

Malam nya aku bertolak nak blik U nie, aku pon nak pi terminal, pi sendiri nih, mak aku g makan kenduri kat taiping…sob3…berat kot beg aku…..selambek jek naik RapidPenang…..ramai lak tuh…adus….

Then around 0005am bus aku pon gerak masuk Taiping, pusat urusan bus tuh, kowang taw npe???? Break rosak kot…..then kne baiki ler….3,4, kali mekanik tuh test drive xleh blah gak….last2 kena tukar bus……. 3 jam weh tunggu baru leh tukar bus, erti kata lain ter’delay lah perjalanan aku nak blik ke U terchentah ini…uhks3…..….

Then bila semua turun kenalah pindah bagasi *word stndart tuh, masa dok pindah qandah tuh boleh plak aku tersalah cekau beg amoi tuh….tapi x di sengajakan ok, dia usher kerek jek kat aku ye r die ingat aku nak ‘apa-apakan’ or ‘tercekaw’ barang dalam beg dia kot, almaklumlah ‘beg pempuan’ mcm2 adooo……hik3…..


10th July (sambungan kisah malang aku n bus)

Lepas solat jumaat gerak g café dengan Adib **housemate, usrahmate, motomate dan bagai2 lagi lah , mamam dulu B4 nk mulakan perjalanan aku ker KL coz kenduri kak aku kawin tapi sebelah pihak lelaki lak, Adib pon nak gerak balik umah die kat Maran, ada owg Maran cni????

Aku nak nyanyi….sbb nak mulakan perjalanan…..hahahaha….

‘Perjlanan ini terasa sangat menyakitkan, namun kau x duduk di sampingku kawan, banyak cerita…’**by akhil hay

Dah ckit2 kunk hujan lak!!…aku dah cakap dah….then sejurus aku abis makan mmg hujan weh, alamak lebat lak tuh….camna aku nak gerak g kat bus stop tuh, adus…..kepala mula serabut, adrenalin makin laju bergerak,muka makin cemas, perut trasa senak, pelbagai kemungkinan mula appear dlm hotak aku,masa mula di hitung,coz bus aku kul 3pm….then jeng3……hujan pon berenti aku pon bergegas dalam hujan renyai2 cam SRK tuh….dgn pnuh gaya jalan walaopun sejuk nak mmpos….huhuhuh….

Then tepat pukul 1505pm bus yg di tunggu2 pon sampai…aku pon naik lah, single seat laghi….dah lah hujan, aircornd die weh sejuk smapai tulang kering, sekali aku tgk pilot bus tuh, mata syahdu jek, mcm die bawak bus tuh sambil tidur jek…..tapi aku percaya kat pilot tuh…..then aku pon cuba tenagkan diri…..

Then dalam pukul 1800pm bus pon dah masuk KL nk gerak g Puduraya, tapi mak I, bukan mak U ok….sosak weh, almaklumlah suma owng baru blik keja, then hari jumaat lak, berpusu2 owg nk blik kampong kan hujung mggu….mmg nk gerak pon susah tambah2 bus gedabak tuh…then dekat nk sampai dah nie…KLIMAKS crita aku yg panjang nie, bus aku involve dlm eksident lak dengan teksi area Swiss Garden otw nak g Puduraya tuh, aduimak….btolkan aku cakap nie smbungan kisah malang aku gn bus…..

Finally aku pon ambik bagasi aku**kali nie x cekaw2 dah sebab aku bawak beg galas jek, aku pon turun dari bus then jalan kaki **mmg la jln guna kaki mna da guna tngan kan.aku pon g naik LRT turun kat Bandar Tun Razak, sempat ‘cuci mata’ dlm LRT..huhuhu…..


nie gamba mase kenduri sebelah pihak perempuan,

parent aku n kawan akak aku, adik aku yg kecik bawak diri, aku n adik besar aku bawak bersabar....coz semua tnya cmni 'mana lauk lg nie, cepat2 topup'...

**hampa nak kata abah aku mcm gitaris limbiskut kan.......


12th July (ada sambungan lagi nie pasal bus)

Nie final day aku kat Shah Alam, bus aku 1830pm, kowang taw aku gerak pukul bape g puduraya???? Pukul 1805pm, mmg giler……. nie akak aku r nie, bersiap lamer giler aduimak……

then abg ipor aku pon men’speed dgn agak laju nyer nak kejar mase g Puduraya…pukul 1830pm sharp aku sampai sana….aku turun dari keta, seberang jalan pastuh lompat pagar kat Pudu tuh, coz nk jln jauh weh, kunk lewat bus lak…malu siotttttt…..cam owng x penah g bndar jek, tapi aku pa pedulik bukan diowang kenal aku pon, then bukan aku selalu guna pudu pon nk blik Penang…muka time tu tetap cver n cool as usual…huhuhuh……

bus aku kat platform 9, ajaib btol pintu yg aku masuk tuh btol2 trus ke platform 9, then cari bus aku, malu weh owg suma pandang aku msa aku naik, yelah naik last skali kot…tanda duit aku bli tiket da berkat r tuh….takat nie pon dah dengar da malang kan…tp tggu…ada g malang…..

Then bus pon gerak lah, then bus tuh nak brenti isi minyak tapi mnyak abis lak kat stesen tuh, ada logic ka mnyak bole abis????? Impossible….then bus po mnruskan perjlanan, then berbaki 15km b4 sampai tol gmbang minyak abis weh….2,3 kali bus ter’stop coz pilot ktowg kne pam dulu bg mnyak msuk…

dengan sisa2 minyak yg tggal bus pon gerak jelah…no choice, aircond ttup coz nk jimat mnyak lg panas , tp suma gelak2 jek penumpang, sporting jek termasuk lah aku…..then sampailah kat Tol Gambang, mse pilot ktowg nk bayar tol engine mati lagi weh, kali nie lg malu….btol2 dlm lorong tol bus tu ter’stop…hahahahaha…….kali nie lagi kuat geng vteren tuh gelak dalam bus aku pon join skali gerak…..hahahahaha……..bayang r tersngkut dlm tol…boleh byang x???? so mlang x????

**tulah kisah2 aku n bus…aduimak….poning then



nie aku ambik gune SLR aku nie, tapi lepas ambik pic nie n msuk dlm laptop aku,

aku trus campak SLR tuh, so kowang klu nak pinjam sumpah aku mmg dah xde SLR nie...lalalalal....


14th July @ kelmarin

Kusangkakan hujan sampai ke petang rupa2 nya panas di tengah hari….cewaaahhhhh….setelah berlaku insident2 yg malang tuh…then jeng3….kat bawah nielah yg jadi…….layannnnnn

Aku n budak2 clas aku n mber2 baik aku kat cni main volleyball, kitowang fight dgn team U nie, alah budak2 MASUM UMP nie……kitowang menang….yeah3…..bukan 1 tapi 2 set weh…..hahahahahahah……mmg aku bangga+riak suma cukup, coz B4 nie kami di pndang kejik jek kalu diowang main dulu tak merasa la kitong nak main gan diowang, conker la jawabnyer…tapi x semua lah….. tapi dendam dah berbalas….main pon sengit jek…..hahahahahha….***gelak bangga lgi……..

Time 2nd set team diowang yoyoor jek menang mase 24-24 then dues, after that diowang leading, 25-24, siap cakap lgi

Diowang: pingat kita punya dah….

Ktowg: mampos ko lah….

Then diowang kene gak last2….kami gak menang…hahahahahha……

Result

1st set 25-21(kot)

2nd set 27-25(nie compemm)


mase nie aku xde atas gelanggang, coz aku g toilet, so mmber aku ganti jap, time die ganti aku tu r ktowng kne ckit tapi nasib bek bila aku masuk aku boleh cover blik, caye x????....lalalalla....


Kalau ada apa2 yg menarik nanti aku unpate lah ek, kalu x menarik pon aku update gak….

k aku tinggal nie gan 1 kata2 bijak pandai, aku pon x pasti saper tulis syair nie….Ustaz Hasan al-Bana kot...tp penullis tu x pnting yg penting kowang n aku renung2 kan n selamat beramal.....

Kita menampal dunia kita dengan mengoyakkan agama kita, Tapi tidak sat upon yg kekal baik dunia atau agama kita

Thursday, July 9, 2009

ptptn, air,umah jauh, jln kaki,cfe kcik,kapus pekandll,

salam.....

nie haa....sjek nk ngadu ckit...huhuhu....apo kono eh jang bnyok botul msalah aku, bukan aku jek tapi semua lah umat2 UMP aku nie........walawehhh.....

nyanyi ckit......

"bukan ku pinta lahir ke dunia, bukan ku pinta air xdak dan bagai2 begini"

adus sedih nyer.............mnitis air mata aku 2 butir....wa.wawawa......

papon hope masalah nie cepat d selesaikan coz kat sini mpp ke hep ker suma nyer

"more word then action"

asap2......baru jadi dah nk jadi lak....mogok kunk baru taw....n kes ptptn lak lg 1....adus perit nyer.....hep bg ayat cmni "harap semua bersabar" nk sabar aper kalu duit dalam poket ada
20 sen....giler ko apo........

so 1 more hope semua dapat di selesaikan....nie maksalah besau nie....boleh mgngu gugat kestabilan study aku n suma...eceh2....

then at last but x least is....hope kampus kat PEKAN cepat2 lah siap kn.....apa nie nma projek kerajaan....siap kawasan PM lg tapi cm hampehh.....untuk PM sy mohon tlg pantau lah ek....barulah laungan selogan 1 Malaysia yg PM laung2
kan tuh bleh ambik pakai ok!!!

"Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan"

so dahulukan lah kami yg 'rakyat' nie....student lagi, bakal pewaris bangsa
dan orang yg akan memberikan 'pencapaian' kepada negara nie....

k wasalam....

Wednesday, July 8, 2009

from cik cahaya

tag darik wani yg mmg rajin memberi tag, makasih lah bebanyak,hee~~

1. Kekasih saya adalah – manusia biasa

2. Saya sedang mendengar – ruang rindu

3. Mungkin saya patut – menyanyi

4. Saya baru sudah – potong rambut rom8

5. Beza rakan, sahabat, kawan –...ejaan

6. Saya tidak faham – perkataan 'faham'

7. Saya perlu mencari – makanan

8. Ayat terakhir yang dikatakan kepada saya – mung ader fs ker??? (awak ade fs??)

9. Makna kehidupan – pinjaman dr allah

10. Cinta itu adalah – nikmat allah swt

11. Saya paling suka – makan

12. Saya akan cuba – cuba jaya

13. Mengapa rakyat Malaysia suka menggunakan LAH di akhir ayat mereka –ini kerana pada satu ketika dahulu rakyat negara ini semua di serang penyakit lelah...kat mna kita td??? errr....er.....er.......

14. Telefon bimbit saya – boleh di buat sendal pintu bilik

15. Katil saya – tanpa bantal

16. Soalan yang bagi saya tidak perlu ditanya – apa jawapan nie??? (mase jawab exam)

17. Teknologi adalah - satu perkataan dengan 4 suku kata

18. Bagaimana saya boleh memasak masakan yang saya paling pandai masak –ikot nafsu r..

19. Semalam – nangis tgk citer jepun

20. Hari ini –letih jalan kaki

21. Malam ini saya akan –tidolah cmm biasa

22. Esok pula saya akan – bangun pagi ler....

23. Saya betul2 inginkan – ******

24. Badminton atau futsal – tenis ada??? futsal

25. Karaoke – untuk amatur ..

26. Kereta – rosak ler

27. Bilik yang terang atau gelap – kelam

28. Makanan jepun adalah – satu bentuk seni

29. Ayat terakhir yang nak anda katakan pada seseorang – fa'ma'

30. Siapa yang anda tag –semua rakyat malaysia....bleh x???