Monday, November 2, 2009

cinta???

Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.

Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya. terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zulaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.

Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.


erm fact nie betol ker??? spe leh tlg??? aku first time dngor r sambungan nie.....


p/s: aku ambik dari sini

9 comments:

asuramaru™ said...

ekk???
asal ak x penah dgr pn sblm nih???

nur.sa said...

aih.mana dapat kesinambungan cite ni. btol idak...?kena cari sumber btol2 neh.

wan::gembala suara said...

nopal....
kau x nak cakap plak ke n3 terbaik kali ni.....
(mamu...bagi nopal jawab)

norMAzuan MUstafa said...

nopa::
that y aku tnyer nie

nur::
ermm tulah kn samada kita x thu n dgr full story or fact nie x btol..

wan::
~~~~

asuramaru™ said...

ntah la....
ak x brani nak cakap...
benda2 ni kalau xde dalil susah nak cakap btol ke x....

miss.purple.r0ses said...

eh..
aku pun pelik la..
betul ke nih..
ermmmm...

miss.purple.r0ses said...

eh2 aku da tanye membe aku..
die kate betul..
ehehe

norMAzuan MUstafa said...

miss:
ye ker???
aku lak dah cri sumber nie, n xde....sbb xde dalil ler...nnti aku ulas k....

syafiq harun said...

salam..cite ni salah la.cube ko tengok balik surah yusuf..zulaika mmg da ISLAM..dia kawin ngan Nabi yusuf bile suami dia da meninggal..suami dia ketua polis masa tu.tapi x semuanye salah..baju Nabi yusuf Memang terkoyak zulaika tarik.tapi LAM AL-QURAN xde plak cite yang nabi yusuf tarik baju zulaika..memang betul Nabi yusuf masuk penjara..sebab zulaika ngan suami dia nak tutup malu..padahal dia yang nak goda nabi tapi dia fitnah Nabi nak goda dia..terima kasih..

rujukan:SEJARAH HIDUP NABI-NABI by h.salim bahreisy