Thursday, November 12, 2009

0001

Salam


Malam nie aku menulis dari gerakan jasad, dari kaki aku yg melangkah, dari mulut yg cuba mencelah, dari otak yg berfikir dari celah2 sudut sendat dan sempit, dari tangan yg memaut, dati telinga yg cuba mengacuh, dari hidung yg cuba menghembus….

Malam yg penuh dgn kemunculan baru, lembaran baru, kisah yg baru, tapi bagi aku sedikit lapuk walaupon corak yg mungkin sedikit berubah….malam ini aku mengharung malam aku, bkn malam yg aku benci, bkn malam yg aku naïf, bkan malam yg aku x pernah rempa, tidak boleh mengata benci sedangkan aku ketawa bagai empunya dunia, memandang bak tiada titik buta….pandangan terlalu luas, atau terlebih luas dari aku….luas bg diri ini….yg mungkin menjadi sesak bila maklumat samapi ke otak…

Aku duduk aku lihat, aku bangun aku lihat, aku berdiri aku melihat, aku berjalan aku melihat…aku bertanya…ini dunia aku???? Ini makanan aku??? Ini jiwa aku??? Ini selera aku??? Ini cara aku?? Ini cara siapa??? Ini dunia siapa??? Ini hari siapa??? Ini hilai siapa??? Ini pandangan siapa??? Ini dunia kamu??? Ini dunia mereka??? Terlalu bnyak masa di soal dan ditanya juga bertanya….

Setelah 3,4 tahun tak menjejak…aku bunuh prinsip aku…aku bunuh kata2 aku….aku bunuh apa yg aku pegang, aku bunuh jiwa aku….aku bunuh karangan aku, aku bunuh rekod aku, aku bunuh kaki aku, aku bunuh mata aku….dengan berbisik pada jiwa dan hujung telinga…’ini sekdar meraikan majlis’….bak kata seorang hamba….bila kena pada nafsu sumua tampak indah….hukum menjadi mudah, benda salah dah suci semula….

Tangan terasa kotor, jiwa makin menolak, otak makin penat menerima ‘0’ dan ‘1’, hati makin resah, kaki makin letih berkaki, tangan makin letih melekap di badan, badan makin letih menjadi tuan, sendi makin letih membengkok….jiwa???? dah hilang kemana……Duit melompat keluar dari dompet, suara melompak keluar dari kotak, kaki terus menongkah keluar….otak makin sarat nak menerima… serta 3 lubang melompat keluar si anak tangan bersendi 2…

Hari ini aku menjadi yg banyak, aku mejadi anggota keluarga, aku mejadi yg bukan diri mereka, aku dipaksa dalam rela, aku menoda jiwa, aku di goda dunia, digoda benda yg di cipta…aku redha??? Bisakah??? Aku nak ulangi masa??? Bisakah??? Aku mengulangi langkah??? Bisakah???

Hari aku sedar bahawa dunia itu baru, aku harus masuk ke dunia baru…tinggalkan yg lama, tapi x boleh dilupa, tak boleh alpa, tak boleh menyalah dan di salahkn…tak boleh menyoal, tak boleh segala…cukup memandang diri dan megukur ela di badan…keran perlu berfikir sebelomnya…kain yg di tenun cukup meliputi badan, cukup sebagai pelingdung, cukup sebagai penghias diri, cukup untuk sembunyikan muka untuk aku merasa bahagia….hari ini????? Aku duduk dan berfikir dulu…..yg pasti diri ini dah macam lalang…bukan lagi si belang….

Sahabat dan kisah, aku dan kisah, seorang lagi dengan kisah, mereka dengan kisah….aku dengan dunia aku, persimpangan aku…mereka??? Dia??? Si dia??? Semua??? Dengan persimpangan mereka….aku duduk dan berfikir lagi…adilakah dunia??? Adilkah aku??? Adilkah mereka??? Adilakah semua???dalam terus duduk dan berfikir aku masih tiada jawapan…sebab dunia dan kehidupan bukan 1 kepastian…bukan hanya ada 1 jalan…aku??? Beribu jlan, mereka?? Berjuta jalan……

Sahabat yg masih duduk dan berfikir…bangun….berjuang…berparang alang2 kepalang, meajdi pak lang, menjadi helang….bukan hanya duduk dah melihat insang yg makin pucat dan bakal bertemu arang…bangun dan berjuang!!!! Kukuhkan akal dan jiwa bak alang melintang, kukuh kan sampai menjadi bak si belang….aku??? sentiasa dengan jiwa aku, hidup aku…naluri aku…bagai anak si penyu yg melihat laut, terus terlintas bahwa di situ lah aku…dunia aku….jiwa aku…..hidup aku…mati aku….tempat kaki aku berkaki….

Aku dunia ini…dunia ini aku…bernafas aku kerana dunia, dunia bernafas keran aku…..waallahulam……..

2 comments:

gembala suara said...

mamu...

jadi kassim selamat ye kali ni...
habis semua kau cucuk ...
jangan susuk sudah...

sorong papan tarik papan,
buah keranji dalam perahu,
selagi diri belum dikapan,
jomlah naik perahu....

asrar_qalbi said...

bahasa hang sangat puitis mamu..

tapi aku dapat tangkap apa yg nak luahkan..

dua tiga kucing berlari
cantik kucing itu