Showing posts with label islam my way. Show all posts
Showing posts with label islam my way. Show all posts

Sunday, January 8, 2012

Ask me

jika aku di tanya MENGAPA....perkongsian bersama seorang sahabat bertentang jantina...

lihat 2 karakter:
sorg yg memimpin negara
tetapi gagal membina taman2 syurga
mean gagal membina keluarga yg patuh dlm islam, bertudung, adab islam
dan 1 lg
di tomah
tetapi berjaya mmbina taman2 syurga
jadi dlm memimpin, sorang tuh harus bermula dari terdekat
iaitu keluarga..
masakan keluarga sdr pincang dpt lahirkan negara yg unggul
wallahulam...

Thursday, September 23, 2010

nasib menjadi seorang lelaki






nasib yg gua hadapi setiap hari....kasihanilah diri gua ini....
muahahha......

p/s:ermm...ermmm.....x tujukan kat sape2 cuma utk org bertiga dlm gamba nih jekkk klau terasa amik sndr....lalalal



Thursday, February 25, 2010

jom kita sambut





salam....

selamat menyambut maulidur rasul...kalu luorang sllu x penah miss wish happy bday kat
cople luorang, m.cik luorang...papa luorang, kucing luorang...dll so jgn lupa
ini hari Maulidur Rasul...

kepada yg x tau maksud maulidur tuh 'kelahiran' yew...so xde per nk ckp just klu b4 nih leh berasak2 kat dataran merdeka mlm merdeka ker, new year ker...pe salah kn join berarak ker maulidur rasul nie..

mmg xde per yg mnrik sgt, bnga api pon xde...tp luorang nk taw per yg ader terkandung didalam neyer so sila join...kalu dah payah sgt nk join berarak takut kulit gelap cam gua, so luorang sambil tgk tivi tuh pon luorang leh selawat kan....gua pon x hafal, so ikot jer ustaz mne2 kat tibi tuh,abis cerita kan....

kalu lagik susah sgt, cukopla luorang hold dlu plan nk tgk wayang ker, merambu ker, g mandi laut dgn gadis2 ker...jgn samapai orang sound lu belakang2 jahil sgt dah ler...so x smut ker, x slewat ker, gua x kisah...janji adala luorang kesedaran nk hormat hari penuh barakah nie kan....

sekian dari gua....tgn yg kotor nih

wsalam...

p/s:baju cm mamat kat atas nie best jer dokkk....




Wednesday, November 11, 2009

PUAN HAZAMI (ICU)

SALAM

ok tajuk gua mmg gempak kn...k nie cerita betol...so gua nk buat announcement nie...bahawasanya PUAN HAZAMI lecture FIZIK KMPP telah di masukkan ke ICU kerana mengalami masalah usus menanah, dan di syaki barah usus...so aku mintak semua x-kmpp klu terbaca en3 aku nie sama2 lah kita berdoa untuk ksihatan beliau ok...and kepada sesiapa po event bkn dari kmpp sekalipon...sbb doa tiada batasan kan....

k aku tringat salah 1 kata2 imam Syafie, klu aku x silap ler n di bawah nie pon lebih kurang je r ayat die ler, aku pon x hafal..klu silap tlg commentkn yek....

'HORMATI LAH SESIAPA SAHAJA WALAUPON DIA MENGAJAR WALAU SEDIKIT PELAJARAN PADAMU'

so kalu PUAN HAZAMI kita tuh bkn sedikit ilmu dia tapi bnyak kot yg d ajar kat kitakn, n aku rasa kita mmg ptot hormati dia, x perlu mjulang tinggi nama dia or bagi harta kalu ada, ckopla skadar doa kn....

sbb seperti shabat aku ckp,

'doa musafir yg mnuntut ilmu nie mudah diperkenankn...


waallahualam....


Friday, October 30, 2009

anak haram


anak haram!!!!
salam
maaf tajuk mugkin terlalu kasar bunyinya(mungkin), tapi sekadar memberi view ataupun gamabra dan makian yg selalu kita ucapkan(mungkin) bagi yg kurang faham istilah anak haram ini, maka samalah jugak membawa maksud anak luar nikah ataupun anak yg lahir dari perbuatan berzina....

kali ini mungkin pandangan ataupun pendapat aku nie berbeza dari sudut pandangan diri aku sendiri...di mana kita saban hari mendengar kes2 buang janin, buang anak dan sewaktu dengan nya....bukan diri ini layak menilai atau bercakap dari sudut ini tetapi cuba menilai kedudukan diri ini dari mana letak duduknya kita sebagai anggota masyarakat...

pasangan yg melakukan zina salah?? anak yg dilahirkan dari hubungan ini salah?? atau anggota masyarakat itu sendiri yg salah??? bagi pendapat aku anggota masyarakat itu puncanya permasalahan ini berlaku, kenapa??? mengapa??? dari pandangan aku sebagai anggota masyarakat sendiri di mana peranan kita??? apa tidakan kita bila melihat ini semua berlaku???

pasangan yg melakukan zina ini di mana mereka mendapat peluang melakukan semua ini??? semuanya kerana masyarakat itu sendiri yg memberi 'green light'....sebagai contoh masyarakat boleh membutakan mata jika ada pasanan yg berasmara dana di taman2 rekreasi...apa tidakan kita??? tepuk dada tnya iman.....

sudut lain mungkin jugak penguatkuasaan yg terlalu ringan, ataupon dalam kata lain hukum islam itu sendiri tak dijalankn dengan sebaiknya, apa hukuman orang yg berzina??? di rotan 100 kali bagi lelaki bujang, manakala bagi yg sudah berkahwin di rejam sehingga mati...adakah ini di jalankan???? hukum ini bukanlah kejam ataupun menidakkan hak manusia, tetapi ada resionalnya semua ini....oleh itu elok di selidik dahulu sebelom menentang!!!

kenapa msyarakat yg salah???? seperti kes Kartika yg dikenakan hukuman rotan keran kesalahan minum arak, kita dapat lihat di sini ada pihak tertentu yg menetang semua ini (SIS) dan yg mmenghairan kan dari kalangan umat isalam itu sendiri jadi apa nak di kata?????, bagi mereka hukuman ini kejam dan menidakkan hak manusia, jadi timbul atau hadir benteng di sini yg menjadi pembela bagi pesalah-pesalah yg melakukan kesalahan yg terkandung di dalam islam, seperti judi, arak, dan zina itu sendiri...jadi masyarakat itu sendiri yg salah!!!

masyarakat itu sendiri salah kerana cara didikan yg diterapkan dari dulu bukan lgi relevent dgn dunia hari ini, kita x boleh mengatakan yg 'zina itu dosa' secara terus, kerana orang sekrang yg maju di mata tidak nampak apa itu dosa, mungkin cara terbaik ialah 'zina itu banyak akibatnya buruknya'....jadi di teruskan dengan penerangan di sebaliknya....

masyarakat hari ini jugak meliaht anak di luar nikah ini sebagai dosa atau jijik, sedangkn anak yg diahirkn itu secra fitrahnya 'suci dari dosa' yg berdosa adalah 'perbuatan@ kerja' yg dilakukan bukan 'hasilnya'...maka bukak lah minda lapangkan dada...melihat bukan pada 'hasilnya' tetapi 'perbuatan@kerja' untuk mendapatkn 'hasilnya' itu...

satu post yg sungguh tertarik dari seorang bloggerwati, die bukan seoran ustazah, guru mengaji ataupun pendidik, tapi seorang anggota masyarakat seperti kita, pendapat beliau sungguh bernas mengenai situasi yg beliau penah tempuhi, ini blognya perempuan jomblo di mana beliau sendiri pernah berhadapan situasi ini....tapi bukan terlanjur berzina, tetapi berhadapan dengan seorang yg melakukn zina ini....

beliau memberi pendapat yg bijak pndai hari ini bila menerangkn mengenai anak luar nikah contohnya di dalam sebuah bilik darjah kebiasaannya mengatakan....

'jangan melakukan zina, kerana nanti bila daapt anak, dia dipandang hina'

bagaiman jika di dalam bilik darjah itu ada pelajar yg lahir dari keadaan itu dan pelajar itu tahu dia adalah anak hasil dari zina itu??? bukan kah dia kan merasa diri adalah 'hina' walhal beliau mengatakan semoleknya penerangan itu sepatutnya berbunyi

'jangan kamu hampiri zina, kerana zina itu salah, jangan lah kamu memandang hina atau megeji anak yg lahir dari perbuatan itu kerana anak itu tidak bersalah yg sebaiknya hormatilah dia kerana dia juga hamba manusia dan fitrahnya dia dilahirkan suci seperti kamu semua'

nah ini jawapan dari belaiau dan secara peribadi saya sangat bersetuju dengan pendapat beliau ini....yes i m!!
jadi masayarakat itu salah, siapa masyarakat itu??? saya, awak, anda, encik, cik, puan, dato' , datin, tan sri, puan sri...ini lah msyarakat dan inilah puncanya....maka marilah kita bersama2 mengubah persepsi kta mengenai permasalahan ini, bermula dari diri kita sendir, jauhilah zina itu sendiri, dan bertaubatlah kerana sesungguhnya Allah swt itu maha pengampun....
'masakan pokok bergoyang jika kita tidak mengoncangnya'

p/s:x sabar nak jadi pakcik next year...hehehee....to my kakak, ur anak shoes on me k!!!!





**gambar sekadar hiasan...cmel kn cam haku...muahahaha




Monday, August 31, 2009

from 'kak' ct

1.Berikan al-Quran pada seseorang,dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.
2.Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.
3.Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang.
4.Bantu mendidik seorang anak.
5.Ajarkan seseorang sebuah doa. Pada setiap bacaan doa itu, anda dapat hasanah.
6.Berkongsi CD Quran atau Doa.
7.Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid.
8.Tempatkan pendingin air di tempat umum.
9.Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.
10.Hantarkan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.
Insya Allah Ilal Liqo'Ma'assalam

Sunday, August 30, 2009

arijal....

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira..
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya boneka Yahudi..

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, hancur binasa..

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya..

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjung sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah..

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah..

Kembalilah lelakiku,
Pada kelelakianmu,
Kami rindukan lelaki yang kukuh berpaut pada Maha Satu,
Seperti acuan Madrasah Rasul suatu ketika dulu....

p/s::dari pencinta

Saturday, August 22, 2009

awek kamkungkap aku

Salam..

hehehe....saje aku tayang awek aku..muahahaha........acah jek yg minat aku jgn jeles ek....polimik n gimik jer nie......hehehehe......okokok.....sbenarnye aku ingat nak tulis post nie dalam format series tp cam biasak r wat lwak jek...hahaha.......

ok back 2 da pic k....sebenarnye nie kawan aku, kawan chating, kwan 1 U dgn aku....kenape aku letak pic die?? ape yg pelik dgn gmba nie??? kenape aku letak pic die as main topic?? die as my main subject untuk post nie??? yg menariknye, korang cye x yg die nie nonmuslim???? yesssss.....nonmuslim....bukan mualaf k....x perlu btolkan siaran anda k......

ermm mayb akan ada yg kata or 1st impresion akan ckp aku 'weh gatai nya mamat nie','pe kjadah lah letak pic girl nie' 'biar betol'...dll lg....erm bukan xde subject yg lebih menarik tp aku resa biarlah orang lain tulis yg menarik2, aku lbih suka yg simple...bkn pimple k......

mesti heran kan, n ada yg bfikir 2 kali, betol ke girl nie nonmuslim, pakai tudung bagai....muka macam orang melayu, islam....aku series n bercakap benar nie die mmg nonmuslim n berketurunan siam....asal dari pantai timur malaysia......tp apa yg istimewa?? die bertudung kan....

aku tertarik bila die tnjukkan aku pic nie, dan aku sedikit bngga (bnyak sbnarny)...ada kawan mcm die nie....coz bila die tunjuk gamba nie kat aku(aku dah mntak kbenaran die untuk jd subject aku k)....aku terus terfikir and terlintas di otak aku,masyaallah brapa ramai umat islam sndiri yg tidak bertudung, tidak mnutup aurat dgn sempurna tapi die orang dari agama lain sudi nak pakai....mmg lah die x permenent pkai tp atleast nie 1st step die....cmna lak dgn kita yg sedia kala islam nie, islam warisan lg??? tpuk dada tnya iman....

kelebihan kedua yg buat aku tertarik untuk jadikan die subject aku ialah dia puasa hari nie, die cakap die dapat bertahan 1/2 hari, then ckp die x sahur that y lah die x tahan....then ckap hari nie die cuba nak posa penuh....lg lah aku tersentuh, then terus tlintas....'brapa ramai lg umat islam yg x bpuasa??' 'brapa ramai lg yg dah tua2 bangka masih xmo posa''brapa ramai lg posa coz takot orang mgata, that means x anggap posa 1 ibadah tp terpaksa''brapa ramai lg umat islam yg di usung berarak dgn van mayat' then brapa2 lg lah......

so mai kita sama2 muhasabah diri kita jika die yg sorang nonmuslim pon cmni, tp kita nie yg islam x ikot suruhan agama sendiri cmna??...kat mna ltak duduk diri kita??? muhasabah diri kita di bulan ramadhan nie, tingkatkn diri kita bagi mantapkn iman kita, ibadah kita.....x malu ke kita kat orang mcm die???? malu sehhh.......

so marilah kita sama2 tempuhi bulan yg penuh barakhah ini, jika rahmat nie pon dapat kat orang mcm die, tambah lah kita nie....kalau x malu sesama manuisa pon, malulah dgn Allah swt, malu dengan diri sendiri, aku pon malu kat die coz aku pon x sempurna jiwa.....so di fakulti ramadhan nie jom kita pakat skor 4 flat klu bleh, klu x leh pon buat cikit2, dpt 3 above pon dah alhamdulillah dah.....then sambung lak di fakulti syawal and sterusnya dengan maintain dgn amaln kita di bulan ramadhan nie...

**Dia menentukan rahmat-Nya kepada sesiapa

Dia kehendaki.dan Allah memiliki kurnia yang

besar (Ali 'Imran:74)

p/s::tq to pmilik diri and pic nie, jasamu di kenang....semoga awk selalu di bawah rahmat dan di bukakan hati

Friday, August 21, 2009

fakulti ramadhan.....


"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)


Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)






Salam ramadhan.....



nie posting bg posting 'posponed' aku b4 nie.....terlalu serabut dan sibuk dgn kehidupan dunia sampai x sempat nak letakkn post baru di blog aku nie.....dan dlm kesibukan mengejar dunia aku, sedar x sedar dah dengar pengumuman di tv yg esok, maksud nyer siang keesokan aku buat post nie adalah hari semua umat islam berpuasa....so alhamdulillah bermaksud mlm ini bermulalah tarawih....seronok tgk jemaah yg ramai bila 'musim' terawih masih di awal 'musin' hope until da last day 'musim' nie terus berpanjangan and di sambung2 sampai 'musim' seterusnya...insyaallah...eceh2 cam baik lak ayat2 aku kn.....



k back 2 da 'postponed' think nie k....aku dah lame letak riwayat n jugak hadis tuh...mayb ada yg dah baca n ada yg x kot....n mayb ada yg terfikir 'kenpe nie'.....ok sebenarnye aku ada ulasan n pandangan aku sendiri berkaitan hadis nie....aku ada terbaca beberapa artikel tentang isu 'bertudung' ang generally is menutup aurat lah kn, hadis n surah nie pon aku cedok dr artikel2 blog lain tuh.....so aku sengaje delay kn until today coz mlm 1st ramadhan kn...(sje cver line asbab kemalasan aku...laalalal)...



k isu2 tuh suma bermula coz ada yg membezakan akhlak orang yg bertudung, x bertudung(freehair), and tdung2 yg x brape nk menepati syarat2, bukan nak ckap mne best n mne x best, tp secara peribadi aku lbihh suka n senang dgn orang yg bertudung mngikut ruled yg sebenar....tapi aku x penah anti or pndang sinis orang yg bertudung 'ala kadar' n x lngsung....bukan coz 'kubur masing2' tapi aku rasa aku x layak nk judge orang dari perspektif dr aku coz aku orang yg beragama mcm orang yg aku k judge tu...so pikiaq r sendiri noh...



cuma di sini aku memberi pendapat tentang 'musim' puasa nie, maka ada yg aku lihat yg sebelom nie freehair, pakai 'baju adik', seluar 'tumpah air', dah berubah dari cara berpakaian....alhamdulillah syukur atleast bila masuk 'musim' nie diorang taw tggjwb nk tutup tuh suma, bkn apa bg laki normal cm aku ni.....bleh kena potong 'markah' posa klu tgk ooo......



tp ada jugak yg still 'maintain' show off diorang punya body kn, nak2 lak begesek2 mse kat bazar.....cmna aku taw???? lu pkir r sendiri weh.....lalalala.....ntah la nk ckp cmna, aku mayb faham knpe diorang still 'maintain' coz aku pon di tempat diowrang satu masa dulu pakai seluar pendek, main futsal pkai 'tight'(seluar fit) jek baju pon x pakai......adus cam konkang...tp skunk pon ada gak buat....adusssss......

k nie ulasan aku.....

klu tgk surah pertama tuh, ramai di klangan orang yg 'maintain' show off body diowang nie gunakan surah nie dgn ayat

'alah pakai tudung pon ramai yg rosak jugak, kadang lg teruk dari kami nie'

'Allah x pandang luaran lah weh, yg penting hati'

the worse:: 'aku kubur aku, ko kubur ko, x yah sibuk2'

yup aku stuju 100% allah swt mlihat hati mnusia coz aku sndiri xde 6 sense nak taw niat seseorang n baca hati orang....tapi sedar apabila ayat nie diowang guna maksudnye diowang aku 'kewujudan' Allah swt itu sendri, n allah yg tentukan semua...yup btol maksudnya diowang 'akui' allah swt berkuasa...alhamdulillah dari aku.......

tapi bila ayat nie di gunakn jugak diowang seolah2 mempermainkan kekuasaan allah swt itu sendiri dan ambik islam itu pabila perlu, bila nak pertahankn diri sendiri, tp x tgk pulak surah lain yg allah swt perintah kn umatnye tutup aurat, x kire laki ataw pempuan.....n seterusnye hadis dari Rasulullah saw yg terang2 menyebutkn bab aurat nie dan balasan Allah swt kelak, kita nk jdi mcm puak syiah???? ambil just al quran dan menolak sunah???? ermmm lu pkiaq r sndiri....

so mcm mna kita nk ckp allah swt hanya melihat hati mnusia???? Allah maha melihat n maha mendengar kn so korang pakai yg x sepatutnye Allah swt x nmpak, assume korang cuba nak iklas dgn diri?? ermmm jika ada yg ckp xmo hipokrit lain crita lak, aku just nk tnyer lah faham islam tak??? yg faham islam bukan agama paksaan kn?? yup btol tp bila dah jd 'islam' kne turuti n paksa diri untuk ikot suruhan, coz itu lah islam sebenar..yg aku fhm bkn paksaan tuh bg yg nonmulim, kita xleh paksa diowang memeluk islam....x cye tnye ustat korang...xpon tnye diri sendiri jek...insyaalh ada jwapan...

aku ckp ne pon aku nk ingatkan diri n nak same2 baiki diri tambah2 lak di bulan pose nie, di mna syaitan d belenggu, klu kita still lkukan kemungkaran maksudnya kita lah 'syaitan'...keterlaluan x aku ckp cmnie???ntahlah nie pon kne sme2 fkirkn...

so aku hope jgn bulan posa jek rambut kita, bentuk body kita, lutut berparut kita(aku r tuh), tudung kita, x yah lah di tonjol2 kn sgt labuh2 kan lah tudung kowang tu ek, klu x free jek aku tgk....kcewa hubby kowang nnti...lalalalal.......mmg orang suka tgk tp mlaikat n allah swt x ska tgk pon......n another hope is....maintain lah benda yg kita buat mse dlm fakulti ramadhan nie, jgn ttup rambut mse ramadhan jek, tp lepas pon maintain gak yer, yg seluar pendek nmpak betis kering tuh pon maintain cver gak, x matilah pkai sluar pnjang men kat padang....coz klu nk berubah nie lah msenyer, n nie lah fakultinyer......

***salam ramadhan, maaf salh silap n hlal mkn minum......salam

Friday, August 14, 2009

postponed

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Wednesday, October 29, 2008