Monday, March 30, 2009

erti malamku

Salam…

Jam di HP aku mnunjukkan 23.39pm, aku di café masih di kelilingi oleh ramai ‘umat UMP’ yg masih lagi mencari erti mlm nie

Di belakang aku masih terdengar riak tawa si gadis….sakit telinga tapi tahan jugak…sementara menunggu nasik goreng belacan aku siap…ramai manusia terus mengejar erti di malam nie…tapi aku sendiri tak boleh bagi jawapan…kerana aku sndiri x dak jwapan bg soalan aku sendiri buat masa nie.

Filem P.Ramle masih di tayang di kaca tv, tapi ‘filem’ di café nie turut rancak berputar….melihat manusia masih mencari jawapan erti malam nie….

Mungkin semua yg datang dengan persoalan n tujuan yg berbeza. Study, just sembang2, makan2, minum2 dll.. ermmm tiba2 lagu yassin berkumandang di kaca tv membuat mlm nie masih terus rancak ‘berlari’.....tapi aku masih di sini mencari suatu jawapan untuk erti malam nie...

Pengusaha2 café dah mula mengemas primis, n aku rasa diowang ada jawapan pada erti mlm nie…samada untung atau rugi…tapi mungkin tu bukan persoalan di minda mereka…menganggap dapat menyediakn makanan utk student mungkin satu kepuasan yg lebih baik dan lebih bererti…syukur kerana diowang student2 dpat mkn dan dapat tidur dengan nyenyak tanpa ada bunyi-bunyian irama perut....

Aku semakin heran dgn budak pompuan belakang aku nie…makin lama makin kuat suara dia…mayb jugak itu bg kepuasan erti pada dia yg suka cakap dengan kuat dan boleh menarik perhatian orang lain, walaupon bagi aku cukup bingit n kurang manis…tapi itu semua atas pilihan masing2 kan….agama dah sediakan landasan tapi manusia membuat pilihan…’no komen’ dari aku dalam soal nie…

Khusuk melihat 2 saudari di depan aku menyiapkn prenstation slide diowang…aku sempat curi2 tengok td…huhuhuh….,aku rasa mungkin bg diowang malam nie cukup bermakna kalau dapat siapkan slide tu dengan sempurna.....sesekali HP aku berbunyi tanda massage masuk dr ‘someone’ yang bnyak bercerita tentang perkembangan dan diri masing2…ermmm….walau jauh di mata tp dekat di ati…..

Perjalanan malam aku masih jauh dan aku masih mencari-cari erti malam aku walaupun jam dah menunjukkan lewat malam…tapi e2 lah harga yg perlu di bayar utk satu perjalanan yang ada tujuan, aku harap mlm nie menberi aku jawapan kepada diri aku yang masih mencari erti malam aku nie…malam yang makin kelam tp manusia makin tidak suram dengan tinkah mereka, terus dengan kerja dan urusan dunia yang seperti tiada penghujungnya…

Sesekali teringat mak aku di rumah, masa order pon tringat kalaulah nasik yg di order tu di masak oleh mak aku…kan lagi best….ermmm tapi itu jugak harga yg perlu di bayar bila jauh dari rumah, tapi harga nie cukup berbaloi utk aku….dengan malam dan masa terus berlalu aku terus terfikir dan masih mencari jawapan untuk erti malam aku..tiba2 aku tersentak dengan panggilan 'JOE'...joe...joe.....

Nama samaran aku di kertas order aku dah di panggil nie…so nasik goreng belacan aku dah siap tu… sejenak dengan paggilan tu aku terus mendapat jwapan bg erti malam aku....perut perlu di isi…makan dulu b4 tido…lapor r....

waslammm





Saturday, March 21, 2009

lahir dan di lahirkan semula

Assalamulaikum.......

Lama sangat dah tak hantar post baru kat blog gua nie jari pon dah ketagih dah ....nak copy and paste macam tak sedap pulak, bagi aku kualiti lebih penting dari kuantiti, tapi bukan lah maksudnya post aku nie bagus tapi hasil dr tangan sendiri lebih best kn2....k post kali nie nak ulas tentang Maulidurasul yg kita sambut lebih kurang 2 minggu lepas....sebut tentang maulidurasul, root word die maulud iaitu kelahiran...aku tak nak cerita pasal kelahiran Rasulullah saw coz dah bnyak dah orang tulis n kita sedia maklum.....so dah jadi hukum fardu kifayah kat aku...( 'fardu kifayah' = 'korang buat aku x pyah'...hahaha...pinjam lawak ustat aku).....

Pada hari samabutan tu ikut jadual akan ada perarakan di mana U aku pon turut join dan banyak lagilah dr institusi2 lain, sambutan di adakn di DEWAN JUBLI PERAK. Memandangkan hari hujan so perarakan di batalkn...tapi kami tak pudar semangat nak sambut maulud rasul tu, coz sambutan bukan sekadar perarakn tapi banyak lagi sebenarnya dan lebih dari tu kn....

Ok kat atas tu just mukadimah jek, apa yg aku nak ceritakn mengenai 'lahir dan dilahirkn semula' nie sebenarnya apa yg aku temui di mjlis perhimpunan tu...aku tak kagum jumpa Sultan, pembesar2 negeri yg hadir, datin2 or dato2....tapi dua orang hamba allah nie yg membuatkn aku kagum....dua orang nie latar belakang hampir sama tapi laluan hidup cukup berbeza...nak taw sapa??? DATUK HASSAN DIN & AMY SEARCH......

Kedua-dua hamba Allah nie setakat yg aku tahu d lahirkan dlm keluarga yg menitik beratkan agama...seperti HASSAN DIN di lahirkn dlm kleuarga yg boleh di katakn pakar dlm agama, begitu jugak AMY Search di lahirkan dlm SEBUAH keluarga di mana bapanya seorang bilal, jadi tak heranlah vokal dia mantap kn.....ok kedua2 hamba Allah nie lalui jln hidup yg jauh berbeza, HASSAN DIN sebagai tokoh agama manakala AMY rockers....

Apa yg menarik nya mereka berdua d himpunkn di dlm satu majlis yg sama iaitu Maulidurrasul, kedua2 nya membawa mesej islam di dalam majlis itu dengan medium yg berbeza tp dengan tujuan yg sama di mana HASSAN DIN memberi ceramah manakala AMY menyampaikn nyanyian nya melalui lagu MENTARI DI UFUK TIMUR, ramai yg terkejut saat nama AMY di sebut pengerusi majlis selepas persembahan dr kumpulan RAIHAN termasuklah aku, mungkin kerana tak menyangka langsung seorang 'one of the lagend rockers Malaysia' di jemput ke majlis sedemikian kn....

LAHIR itu di tujukn pada HASSAN DIN iaitu sejak lahir di beri ajaran agama yg mantap dan seterusnya menjadi antara tokoh agama yg terbilang di Malaysia nie, so seperti dia dah memang di LAHIR kan untuk menjadi tokoh agama, di mana laluan HASSAN DIN memang menjurus ke dalam jln or laluan untuk menjadi tokoh agama di mana, ini terbukti sehingga beliau di beri kepercayaan mnjadi pensihat agama kepada Y.D Agong.....mesej dlm ceramah dia cukup indah cukup mudah...ceramah dia cukup mantap walaupon masa diperuntukkn singkat rasa tak puas dengar hujan dr HASSAN DIN....so LAHIR nie refer kepadanya coz Allah takdirkn dia mnjadi tokoh agama n terbendung akhlak dari sejak kecil lagi sehingga lah sekarang....

DI LAHIRKAN SEMULA
pulak aku tujukan kepada AMY, di mna dia memang di lahirkan dlm keluarga yg aku rasa pentingkan ilmu agama, tp dalam proses dia membesar dia memilih menjadi artis, rockers pulak tuh....Memang jauh dari akar umbi family dia kan....tp setelah AMY mengerjakn umrah dan pulang ke tanah air dia dah berubah, sekarana AMY lebih menyampaikn mesej2 agama tetapi mengikut medium dia lah iaitu sebagai penyanyi or tepat lagi rockers, so seperti dia DI LAHIRKN SEMULA yg mana bagi aku boleh di ambil ikhtibar dr AMY, die menerima hidayah dan terus terbangun dari 'tidur' dan ini menunjukkn bahawa manusia boleh berubah dengan izin Allah swt.....

So di sini bagi aku satu kesedaran, sesiapa pon boleh menjadi pendakwah, boleh menjadi baik boleh apa saja, dan nak betolkan tanggapan masyarakat dan sesetengah orang2 bijak pandai agama yg memandang sesuatu yg seperti AMY iaiu rockers adalah teruk dan buruk, contoh seluaar jeans jika di pakai buruk, sedangkn akar umbinya ialah menutup aurat, jd as long menutup aurat it ok dan adalah sebab2 dan benda lain lagi kan ......so aku nk LAHIRKAN SEMULA diri aku nie sendiri untuk jadi lebih baik...kalau papa rockers boleh kenapa kita tak boleh kn......

wassalam.....


LAHIR



DILAHIRKAN SEMULA

Saturday, March 7, 2009

1+1=3++



Salam....

ermmmm skunk jam di tangan aku mnunjukkn pukul 3.34.53 saat...aku baru sampai kat bilik nie bru jer lepas minum2 n tgk midnight movie...best citer die siot, pasal basketball team yg ada 'black' player dalam era 70'an cam tu, camne diowang nie di anti oleh white pnyer fans and others team...tp gua bukan nak crita pasal 'black' nie....gua nak crita lagi 'black', kira lagi hitam lah crita nie......crita apa??? tunggu.....


cerita yg lg 'black' nie ialah(skema lak bnyi) pasai 1 cople nie dduk hjung skali kat cafe td....aduiiii....naik berbulu mata aku tengok...main gesel2 kaki lah, tarik2 rambut lah(guna jari pon boleh) panas2...aku pon dapat gak share dosa kat situ td....aduiii....ermmmm kat cini timbul persoalan kat aku 'bila cople nie need all that ka'??? 'takde cara lain ka nk tunjuk kasih sayang tu???' 'need to show off ka???' aduiiii.....mata makin panas, punggung makin kebas(duduk kat situ lama sgt tgk mvie).....

kalau betol sayang aku rasa mesti depa tak buat semua tu, coz aku percaya diowang sedar dosa kalau buat mcm 2, so yg laki x buatlah tkot si pompuan tu dapat dosa coz benarkn, dan si girl tu lak halang la laki tu dr sentuh dia tkot dpt dosa....ye x???? nie baru la btol2 syang kn....

mungkin ada yg setuju dengan aku n ada yg tak kan??? setuju dengan aku tak penting tapi yg penting kowang kena la satuju dengan ISLAM coz itu dah memang hukum dia kan...so tak stuju dengan aku lantak hampa la......kalau rasa diri tu ISLAM setuju la dengan ISLAM n hukum2 yang dah di tetapkan NYA, kn2......lu fikirla sendiri.....

kowang tertanya2 kan apa kejadah nya math aku nie, 1+1=3++ macam x pi sekolah ja kan(memang x pi dah lani kat U).lalalala...nie sebenarnya math ISLAM....uik pelik kan...
k cmnie its just symbol untuk perbuatan 'copule' tu sendiri...mudah jerrr....

1 (lelaki) + 1 (pompuan bukan muhrim laki td) = 3 (lelaki+pompuan+syaitan)++

so aku seru kat kowang n diri aku sendiri yg hina ini dan tangan aku nie yg penuh dengan kekotoran supaya sama2 lah kita menjaga pergaulan kita antara sesama kita kan...nampak kecik, nampak mudah, tapi sebenarnya besar weihhhhh.....so itu saja dr aku yg masih mencari AGAMA aku sendiri.....

*aku bukan anti couple kalau korang dah couple lah, tapi biarlah hubungan itu x tercemar dengan dosa....contohnya kita terjun ke dalam lopak yg berlumpur , sedangkan ada titi (perkahwinan@keadaan terkawal) untuk kita nak seberang lopak tu, so gunakanlah titi tu sebaiknya(kalu x kufur nikmat x guna..huhuh)....


*nie just 1 teguran n kawan2 kalau tgk aku pon buat mcm nie tegur2 lah aku ek, coz aku 'manusia biasa yg lemah, di mana melihat kelemahan n kesalahan orang lain dengan niat utk jadi manusia biasa yg luar biasa'........

......watammat....

Wednesday, March 4, 2009

RM 106.60



salam....

RM?...ermm pa 2???..... raja dan malini? rohana jalil dan rahim makruf??? rasa dan manis???? rambutan dan mangga????......ermmmmsemua btol.....tp aku nk tulis kat cni ( mstila aku tlis blog aku)...huhuh.......RINGGIT MALAYSIA.....brapa jumlah die pulak???? RM 106.60.....

erm korang mesti tertanyer-tanyekan nie harga apa kan, sekilo ikan kerapu grade A yg telah di katam 7 kah, harga handphone 3310i slpas 5 tahun di pasaran kah, atau apa-apa ajer (tv3 tuuuuu)....huhhuhu......Ok sebenarnya seperti tertera dia atas tu ini lah harga pergi balik dari KUANTAN ke PENANG my lovely hometown dengan menggunakan perkhidmatan bus Konsortium 'selesa selalu' (aku x di byar utk promo bus diorang...hehehe.....)

so nie la harga yg perlu di bayar untuk aku blik ke rumah aku, mahal siot bg aku yg hnya dpt RM 3500 untuk 1 sem dari ptptipu (*ptptn.....mmpos aku kna trik pnjman klu dowang taw nie). nak-nak lak sem nie tinggal RM600 pulak coz dah kena tarah ptong yuran la apa lah......sesak sikit aku sem nie tak boleh nak pi berpoya2...hehehe......

pada aku memang mahal lar nama pon bas kan saepatutnya lah murah bg untuk sorang student yg hensem n kacak macam aku nie...hahahaha.......tapi aku sedar harga di sebalik RM106.60 nie tinggi nilai die, di mana boleh jumpa parent aku.....k kita cuba kira nilai dok di rumah dan compare dgn RM106.60 tu...

nilai dok rumah

1. boleh bawak kereta(sunny pekak aku), kat U kena sewa kurang2 RM15 x 2
2.kari kepala ikan mak aku ( kalau kat kdai mamak kurang2 )RM30
3.nasik putih dengan kelempong lembu(nyum2....siap boleh tambah lagi) RM5 x 2
4.air kopi ais buatan tangan kat kedai mak aku gelas besaq(aku tmbah gak) RM5x 2
5.breakfirst bihun goreng n roti hotdog@sardin (best moment nie) RM 3.50 x 2
6.tengok bola kat rumah(assume x yah g kdai mamak, coz krang2 roti tlor 2 ) RM5
7.boleh jumpa member2 lama aku (zul n nun) RM -
8.boleh kumpul ramai2 dengan fmily( g umah mak cik mkn kripap free hehehe) RM-

*-(x ternilai)

so harga die lebih kurang dalam RM 94 + -(x ternilai)

x jauh beza kan harga tiket dan apa akan kita dan aku percaya kita semua boleh dapat bila balik jumpa family kan....so my fren kalau ada kesempatan tu balik la jenguk2 parent kn, coz duit boleh di cari tp masa dengan family n pertalian satu yg x boleh di nilai dengan harga tiket kita kan....

*aku tak berkesempatan balik untuk cuti nie...so sebab tulah aku tulis post nie dlam hati yg hiba...adusssss.....terkenang moto C70 ku......